UTAMA | PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Staf Pejabat TNCPI boleh mengakses pautan berikut untuk capaian pantas:

Sebaik saja melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat dari pelbagai bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

 

PUSAT ALUMNI
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

Tel: 0389471017
Fax: 0386566933
Email: alumni@upm.edu.my
Web: http://www.alumni.upm.edu.my

Pada tahun 2013, UPM berjaya membangunkan satu struktur ekosistem penyelidikan yang lebih baik dan komprehensif seiring dengan kehendak semasa. Sebanyak sebelas (11) kluster penyelidikan, sembilan puluh satu (91) program penyelidikan dan dua ratus empat puluh satu (241) kumpulan penyelidikan telah diwujudkan. Ekosistem penyelidikan ini memberikan impak secara langsung kepada hala tuju penyelidikan di UPM.

Dengan adanya struktur yang jelas ini, ahli akademik/penyelidik UPM akan terlibat dalam pelbagai program penyelidikan yang dibangunkan merentasi pelbagai disiplin di bawah kluster penyelidikan.

Dokumen rujukan untuk penyelidik adalah seperti berikut:

  • Felo Penyelidik
  • Felo Pasca Doktoral
  • Penolong Penyelidik / Pembantu Penyelidik (Pentadbiran Penyelidikan)

 

 

UPM mempunyai lebih daripada 1,000 teknologi yang sedia untuk dilesenkan kepada syarikat berminat di dalam pelbagai bidang. Lihat juga portfolio patent UPM di UPMIP.

Senarai Teknologi Baharu mengikut bidang adalah seperti berikut:

PERTANIAN

BIOTEKNOLOGI

MAKANAN

KESIHATAN DAN PERUBATAN

ELEKTRIK & ELEKRONIK

ICT

KEJURUTERAAN DAN BAHAN

PENDIDIKAN

ALAM SEKITAR

artikel
Penerbitan Isu Keenam 2023 Pertanika Journal of Science and Technology (PJST)
Pertanika Journal of Science and Technology (PJST) merupakan jurnal akses terbuka dalam bidang sains dan teknologi yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press). Isu ini mengandungi 30 artikel, iaitu lima artikel ulasan dan selebihnya artikel biasa.
 Penerbitan Isu Keenam 2023 Pertanika Journal of Science and Technology (PJST)
Senarai Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi Bagi Bulan September 2023
Senarai Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi Bagi Bulan September 2023
Inovasi UPM Rangkul Juara, Anugerah terbaik ITREXC Sempena SRIE R&D 2023
Inovasi UPM Rangkul Juara, Anugerah terbaik ITREXC Sempena SRIE R&D 2023
Artikel-artikel lain...
berita
SESI MEET & GREET WARGA PEJABAT TNCPI BERSAMA YBHG. PROF. TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
SESI MEET & GREET WARGA PEJABAT TNCPI BERSAMA YBHG. PROF. TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
SERDANG, 21 November 2023 - Sebentar tadi telah berlangsung sesi "Meet & Greet" YBhg. Prof. TNCPI bersama seluruh warga kerja pejabat TNCPI yang diketuai oleh Encik Shahriman selaku Ketua Pentadbiran Pejabat TNCPI dan barisan para pegawai.
pengumuman
aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
pinterest.png
insta.png
SXDTPAi~