PUSAT SAINS MARIN

Pusat Sains Marin (PSM) adalah salah satu pusat penyelidikan marin Malaysia yang diberkati dengan lokasi strategik di tepi pantai. Bertempatan di Teluk Kemang, Port Dickson, PSM menawarkan tapak untuk membuat kajian dan penyelidikan dengan kelengkapan-kelengkapan seperti kemudahan penetasan benih perikanan yang mencukupi dan air laut yang bersih. Selain penyediaan kemudahan ruang untuk aktiviti-aktiviti akuakultur marin, PSM juga menaruh hati dalam R&D pelbagai disiplin, dimana kerjasama antara kepakaran dari bidang yang berlainan dapat diwujudkan dan mencetus idea-idea inovasi dalam peyelidikan.

PSM juga telah berkerja rapat dengan agensi-agensi berperingkat kebangsaan dan antarabangsa demi pembangunan penyelidikan sains marin dan mendorong penncapaian penyelidik-penyelidik muda Malaysia ke mata dunia. Melalui pemindahan ilmu dan kerjasama antarabangsa, PSM tekad bersumbang kepada pembangunan sains dan negara, serta mengharumkan nama Malaysia sebagai satu hub pendidikan di rantau ini yang menuju ke arah status negara maju.