| PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

MAHA 2022 : UPM DAN 14 PRODUK INOVASI

SERDANG 4 Ogos - Universiti Putra Malaysia (UPM) mengetengahkan 14 produk inovasi dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.

 Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata,  sekuriti makanan untuk masa depan tema yang di bawakan MAHA pada kali ini memang sinonim dengan UPM.

 “Penganjuran kali ini akan menjadi penanda aras kesiapsagaan UPM memikul tanggungjawab besar membantu negara dalam mendepani isu sekuriti makanan.

 “UPM akan terus komited dalam meneroka penemuan baharu bagi menangani cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit dan sebagainya selari dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0)," katanya dalam satu temubual bersama pihak Media.

 UPM mengenengahkan produk penyelidikan inovasi yang menggunakan kaedah pertanian pintar bagi menjayakan transformasi agro makanan.

Sebanyak empat projek inovasi yang dipamerkan dalam kluster ternakan iaitu projek makanan ikan Fs Feed, TropiCarp Aquafeeds, Putra Red Talapia dan Porcine Rapid Amplification Kit.

Bagi kategori tanaman pula, terdapat enam inovasi dan teknologi daripada UPM yang dipamerkan iaitu System of Rice Intensification (SRI) Single Seedling Nursery Tray, SoilProp:

Soil Properties Mapping System, Milagro Matado, PadiU Putra, Harvast - Photosynthesis Enhancer dan BioPellens: Baja Organik Serba Boleh Solusi pertanian moden anda.

Sementara itu, bagi kategori teknologi makanan pula sebanyak empat inovasi produk dan teknologi yang ditonjolkan seperti Orygold - Production of GBR (Germinated Brown Rice) as Neutraceutical and Functional Food, Appetit Ice Cream, Super Cosmos for Multipurpose Ingredients dan Kopi Rajawali: Caffeine-Free and Antioxidant-Rich Date Seed Coffee.

Pameran dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu, kini berlangsung selama 11 hari di MAEPS sehingga 14 Ogos ini.

 

* Berita ini dipetik dari Laman web Dagangnews.com.

SXDdCAL~